DEFINISI TENTANG
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)
Teknologi Maklumat dan
Komunikasi atau ICT (Information and Communication Technology) merupakan
teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat
luas. Ia boleh berkenaan denagan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan
maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan perisian
untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan
mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Teknologi Maklumat (Information
Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and
Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk
pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek
dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan
komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses,
memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Definisi teknologi maklumat boleh
diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan
penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui
umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan
pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak
terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen,
telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam
menyampaikan maklumat kepada penerima.
Terdapat 3 asas penting dalam
penggunaan teknologi maklumat:
-Pertama teknologi maklumat adalah
untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan
teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan
sebagai pengesan gerakkan.
-Kedua, adalah untuk memanipulasikan
maklumat dan proses semula imej.
-Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi
iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi
bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.
Link
untuk nota ringkas:
No comments:
Post a Comment