BAB 1


BAB 1: PENGENALAN KEPADA ICT










DEFINISI ICT:
Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan teknologi yang diperlukan untuk memproses maklumat. Lazimnya menggunakan komputer, peranti komunikasi dan perisian applikasi untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, menghantar dan mencapai maklumat daripada mana-mana dan pada bila-bila masa

EVOLUSI KOMPUTER:












1) Generasi pertama guna tiub vakum. Cth: ENIAC
2) Generasi kedua guna transistor
3) Generasi ketiga guna Litar bersepadu (Integrated circuit)
4) Generasi keempat guna pemproses mikro (Microprocessor)
5) Generasi kelima and beyond menggunakan teknologi kepintaran buatan - akan datang komputer akan menerima input dalam bentuk suara.


KEGUNAAN ICT DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN:
1. Education
2. Banking
3. Industry
4. E-commerce
5. Other sector


1. Bidang pendidikan
- Guru gunakan komputer untuk bahan bantu mengajar,cari maklumat bahan pengajaran daripada internet dan gunakan untuk forum dan persidangan atas talian
-Pelajar guna komputer untuk cari maklumat di internet
- Penyelidik guna komputer untuk kumpul dan proses data
- Pentadbir sekolah guna komputer supaya pengurusan berjalan dengan sistematik


2. Perbankan
- Pengurus bank boleh kawal aktiviti bank
- Pelanggan boleh berurusan dengan perbankan internet dalam tempoh 24 jam
- Ahli perniagaan boleh guna perkhidmatan online seperti capai maklumat akaun syarikat


3. Bidang Industri
- Membantu pekerja menggunakan mesin. Contohnya robot digunakan untuk melaksanakan kerja yang merbahaya

4. E-Commerce / perdagangan atas talian
- Aktiviti menjual dan membeli secara online
- Menjimatkan masa dan kos

KESAN ICT TERHADAP MASYARAKAT:
1. Mengurang penggunaan kertas
2. Cepat, murah dan menjimatkan masa. Contohnya hantar surat melalui pos biasa lambat sampai. Guna email dalam tempoh beberapa saat sampai ke destinasi atau kepada penerimanya.
3. Tanpa sempadan. Maklumat boleh dicapai di mana-mana sahaja. 24 jam sehari.
4. Perkongsian maklumat amat mudah. Kongsi dengan seluruh dunia. Kongsi maklumat, berita, kumpulan perbincangan, melalui mail dan forum di internet


Lain-lain kesan ICT :

1. Dari sudut kesihatan, terlalu lama di hadapan komputer boleh meletihkan mata. Boleh pening, migrain dan sebagainya
2. Badan juga boleh sakit jika terlalu lama duduk menggunakan komputer. Namun pengeluar produk cuba menyelesaikan dengan mencipta peralatan yang ergonomik. Iaitu boleh digunakan dengan selesa.
Contoh menyelesai masalah ini seperti menggunakan screen filter supaya mata tak sakit dan kerusi yang ergonomic menghentikan tekanan pada tulang belakang


KESAN NEGATIF ICT YANG LAIN:

1. Penipuan
2. Pencurian identiti
3. Pornografi - visual tak senonoh
4. Serangan penggodam komputer

KELEBIHAN MENGGUNAKAN ICT:

1. Komunikasi laju dan pantas, kos rendah, mudah kongsi maklumat, tidak guna kertas, komunikasi tanpa sempadan dan komunikasi boleh dipercayai

2. Komunikasi boleh dipercayai. GIGO (garbage in garbace out). Jika data dihantar ada ralat, maka data diterima juga ada ralat. Jika data yang dihantar baik, maka data diterima juga baik.

3. Dunia komunikasi tanpa kertas. Menggunakan ict dapat menyelamatkan banyak pokok daripada ditebang kerana kertas dibuat daripada pokok

4. Komunikasi berkos rendah. Menggunakan email dan tidak perlu menggunakan sampul surat, setem , kertas dan pen. Hantar saja email terus sampai ke London dalam beberapa saat saja. Menggunakan  sistem pos, seminggu baru sampai serta harga setem mungkin RM5

5. Komunikasi tanpa sempadan- seluruh dunia

Etika Komputer:

-Etika komputer > adalah satu sistem standard moral yang digunakan sebagai pedoman bagi pengguna komputer.
-Kod Etika > 
adalah garis panduan dalam ICT yang membantu menentukan sama ada penggunaan komputer spesifik adalah beretika atau tidak beretika.
-Harta Intelektual > adalah hasil
kerja dicipta oleh pencipta, pengarang, artis dan seseorang individu.
-Privasi >
merujuk kepada kepentingan individu dan syarikat untuk menjaga atau menyekat pengumpulan dan penggunaan maklumat tentang mereka
-Jenayah komputer > apa-apa jenayah melibatkan penggunaan komputer
-Undang-undang siber >
undang-undang yang berkaitan dengan melindungi keselamatan pengguna internet dan teknologi komunikasi atas talian yang lain.

BEZA ETIKA DAN UNDANG-UNDANG:


-Etika hanya garis panduan. Pengguna bebas mahu ikut ataupun tidak tetapi undang-undang kena diikuti. Kalau tak ikut kena saman atau dikenakan tindakan penjara.

-Etika komputer diterima pakai oleh semua Negara tetapi undang-undang komputer di negara berbeza dan tak sama. Ada yang tegas dan ada yang tidak. Cthnya di USA tak ada langsung aktiviti cetak rompak manakala negara lain ada juga undang-undang cetak rompak tapi penguatkuasaannya tak berapa tegas.


-Tidak beretika dalam menggunakan komputer dikatakan seorang itu tidak ada moral tetapi dari segi undang-undang dikatakan telah melakukan satu jenayah yang boleh dikenakan hukuman. Melakukan perbuatan tidak beretika tidak dikenakan denda. Tapi jika buat jenayah komputer akan dikenakan denda atau penjara.

KAWALAN HARTA INTELEK:

1. Paten - produk baru/inovasi baru- biasanya syarikat yg mengeluarkan produk baru akan mempatenkan rekabentuknya supaya tidak ditiru orang lain melainkan mendapat izin. Cth paten seperti kereta, telefon, jenama pakaian dan lain-lain.

2. Trademark/tanda perdangan- Cthnya SONY,MICROSOF, KFC- syarikat lain tak boleh guna nama ini. Siapa guna syarikat asal boleh saman.

3. Hak cipta / copyright - elak peniruan harta intelek kecuali ada keizinan. Cthnya hakcipta buku, muzik, lukisan, filem dan perisian komputer. Siapa salin secara tidak sah dikatakan telah melanggar akta hakcipta.












*Authentication / pengecaman iaitu proses mengesahkan pengguna. Ada 2 cara melakukan pengecaman iaitu melelui peranti bioemetrik dan sistem panggilan semula. Peranti biometrik menterjemah karektor individu kepada kod digital dan kemudian padankan dengan kod digital yang 
telah disimpan dalam pangkalan data. Tujuan pengecaman : mengesahkan pengguna bagi tujuan keselamatan

*Verification / pengesahan adalah proses mengesahan identiti pengguna contohnya untuk masuk ke bilik yang mempunyai tahap keselamatan tinggi dan menggunakan sistem berkeselamatan tinggi seperti akaun perbankan internet. Jadi pengesahan penting untuk mengelak pencerobohan serta orang yang tidak sepatutnya dilarang daripada memasuki bilik atau sistem komputer.

Peranti biometrik:

1. Pengeceman cap jari - fingerprint recognition

2. Pengecaman muka - facial recognition

3. mengimbas tapak tangan - hand geometry scanning

4. mengimbas anak mata - iris scanning

5. mengimbas retina - retina scanning


6. pengecaman suara - voice recognition

7. pengesahan tandatangan digital- signature verification system




Sistem panggilan balik (call back system). Cth syarikat teksi menelefon semula pelanggan yang memerlukan perkhidmatan untuk mengetahui betul atau tidak pelanggan tersebut yang telah menelefon. Bank juga mengamalkan sistem panggilan balik contohnya kalau orang tunaikan cek, bank akan telefon pemilik cek untuk memastikan betul tak cek itu dikeluarkan dan jumlah bayarannya. Jika didapati salah, bank akan batalkan urusan menunaikan cek dan cek tidak sah.


Pengesahan:
1. Mengesahkan pengguna contohnya dengan menggunakan nombor pin dan kata laluan. Cthnya kad ATM. Nak guna mesin ATM kena masuk nombor pin dulu. Nak guna email kena masukkan username dan password dulu

2. Menggunakan objek pengesahan / prosessed object seperti menggunakan kad pengenalan, token keselamatan, kad pintar. Ctnya nak buka pintu guna kad pintar. Objek diguna untuk masuk ke dalam bilik atau memasuki sistem. Jika kita tengok di bank, kadangkala pegawai bank swap kad pada peranti komputer untuk memberi kebenaran petugas kaunter meluluskan bayaran. Contoh lain seperti kad kredit dan lesen memandu.





KANDUNGAN KONTROVERSI DAN CARA MENGAWALNYA:

Cth kandungan kontroversi seperti laman pornografi, khabar angin atau fitnah yang tersebar secara berluasa di internet. Kandungan kontroversi ini memberi impak negatif kepada masyarakat.

Kesan negatif laman web berunsur lucah / pornografi



1. Menyebabkan berlaku jenayah sepeti eksploitasi wanita dan kanak-kanak
2. Jenayah seksual boleh berlaku
3. Merendahkan kualiti moral orang yang terlibat
4. Menghakis kepercayaan agama, budaya , sosial serta adab serta akhlak


Kesan cerita fitnah dan gosip/berita tidak benar di laman web atau sebaran email/facebook:

1. Orang mudah percaya kepada khabar angin iaitu berita yg belum dipastikan kebenarannya
2. Orang akan berprasangka buruk terhadap orang yang difitnah
3. Tatasusila dan adab etika hidup bermasyarakat dicabar. Masyarakat susah nak percaya cerita yang benar lagi. Orang sering rasa was-was terhadap sesuatu berita sama ada betul ke tidak.


KAEDAH MENGAWAL KANDUNGAN KONTROVERSI:

1. Keyword blocking - senaraikan perkataan terlarang. Jika pengguna menaip pada search enjin, secara automatik laman web yang ada kaitan dengan perkataan yang dimasukkan dalam senarai akan disekat daripada di akses. Ctnnya perkataan ' jahat'. Jika laman itu ada perkatan 'jahat' ia tidak dapat diakses.
2. Site blocking / sekatan laman web- memasukkan senarai alamat laman web atau URL yang tidak boleh dicapai oleh pengguna. Jika pengguna taip URL pada location bar, laman web itu tidak akan dipaparkan. 'server note found keluar'. Cth: Jika pengguna taip http://facebook.com - laman facebook tidak boleh dibuka

3. Web rating system - sistem pengkelasan web. Mengkelaskan laman web mengikut tajuk. Cth laman web dewasa, laman web tentera, laman web pendidikan. Pelayar web hanya membenarkan laman web yang telah dikelaskan boleh sahaja dilayari. Cthnya hanya boleh buka laman berbentuk pendidikan sahaja.


*Jenayah komputer iaitu sebarang aktiviti jenayah melibatkan penggunaan komputer. Cthnya seperti penipuan komputer, cetak rompak, dan serangan komputer




*Undang-undang siber / cyber law iaitu akta untuk melindungi pengguna internet dan teknologi komunikasi atas talian yang lain. Tujuannya untuk lindungi maklumat, transasksi online, kerahsiaan maklumat, harta intelek dan keselamatan data kerajaan.





UNDANG-UNDANG SIBER DI MALAYSIA ialah:

1. Akta Tandantangan Digital 1997
2. Akta Jenayah Komputer 1997
3. Akta Teleperubatan 1997
4. Akta Hakcipta 2000
5. Akta Paten 1983
6. Akta Rekaan Industri 1996




Contoh Jenayah komputer:

1. Penipuan komputer / computer fraud- Orang yang menggunakan kemahiran komputernya dengan mengambil kesempatan ke atas orang lain untuk kepentingan dan mendapatkan keuntungan. Caranya melalui email-hoaxes / helah email, penipuan program, skim pelaburan, promosi jualan dan tuntutan kepakaran dalam sesuatu bidang

‎2. Pelanggaran hakcipta / cetak rompak - menggunakan hasil kerja orang lain dan menjadikannya milik sendiri. Cth salin CD lagu dan jual kat pasar malam

3. Kecurian komputer - menggunakan atau mencuri milik orang lain tanpa kebenaran pemilik asal. Cthnya memindah bayaran kepada penerima yang salah menerusi akaun bank. Hacking atau ceroboh penghantaran data dalam pengkalan data dan melencongkan penghantaran barang ke tempat lain atau penerima yang tidak sah



4. Serangan komputer - aktiviti mengganggu sistem komputer seperti merosakkan data atau peralatan sistem komputer. Serangan komputer dalam 3 bentuk:

-Serangan fizikal - rosakkan komputer atau talian penghantarannya. Potong kabel
-Serangan elektronik- gunakan kuasa elektromagnet untuk rosakkan litar induk komputer
-Serangan rangkaian komputer- guna kod hasad (maliciuos code) untuk mengekploitasi kelemahan perisian.


KAWALAN KESELAMATAN KOMPUTER:
-Kawalan keselamatan komputer iaitu perlindungan ke atas sistem komputer dan maklumat daripada diceroboh /dimasuki secara tidak sah, kerosakan kerana pencerobohan, dimusnahkan atau ubahsuai secara tidak sah serta malapetaka semulajadi.

1. Keselamatan perkakasan - kunci komputer guna kunci komputer atau mangga kunci

2. Keselamatan perisian - pasang antivirus , antispyware

3.Keselamatan rangkaian - pasang firewall

4. Aspek manusia - pekerja perlu berhati-hati semasa mengurus sistem komputer. Elakkan kesemua ancaman komputer daripada berlaku


ANCAMAN KESELAMATAN KOMPUTER

1. Maliciuos code / kod berniat jahat- iaitu program nakal berniat jahat. menyebabkan kerosakan pada perisian lain. Pencipta kod jahat ini suka kalau sistem komputer rosak dan tidak dapat beroperasi. Cth kod berniat jahat ini adalah virus, kuda trojan/trojan horse, bom logik,trapdoor dan backdoor, cacing/worm dsb.

2. Penggodam / hacker - biasanya orang yg mahir dalam IT. Memasuki sistem komputer secara tidak sah. Mendapatkan data dan menjualnya dan merosakkan data dan sistem komputer yang diceroboh.

3. Kecurian komputer secara fizikal dan menggunakan komputer sebagai medium untuk mencuri. Cthnya memindahkan wang daripada akun bank ke akaun yang salah dan mencuri komputer secara fizikal. Cthnya curi notebook dan jual kepada orang lain.

4. Malapelata semula jadi /bencana alam /natural and environment threat Cthnya banjir, ribut, gemabumi, puti​ng beliung, kebakaran dan bebanan kuasa letrik



LANGKAH KESELAMATAN – (COMPUTER THREAT VS SECURITY MEASURE):

1. Ancaman virus - kena guna antivirus seperti kaspersky antivirus, AVG, Avira, Panda, Norton dan Mac Affe antivirus

2. Spyware - guna antispyware sepert Ad Aware, Spybot Search and Destroy

3. Kriptografi - menyembunyikan maklumat- Proses Encryript iaitu mengubah data kepada bentuk tertentu supaya orang lain tak dapat baca kecuali penerima sahaja. Ia kemudian perlu ditukar semula ke bentuk difahami oleh penerima - Proses decryption/ decrypt - menormalkan semula. Cth : teks normal = akaun saya, teks yg di kript mungkin dilihat begini = (*nb%6 @!?<

4. Kehilangan data akibat bencana alam - kena buat backup data/salinan data ke dalam thumbdrive, CD, external hard disk, simpan kat webhosting atas talian

5. Pencerobohan ke dalam sistem komputer - pasang firewall iaitu perisian penapis atau komputer host yang befungsi menghalang pencerobohan.

‎6. Aspek manusia - pengguna komputer perlu diingatkan supaya sentiasa berjaga-jaga terhadap keselamatan komputer. Sebarang ancaman terhadap sistem komputer dan data hendaklah dicegah dari awal.

No comments:

Post a Comment

BIODATA DIRI