BAB 3


BAB 3: RANGKAIAN KOMPUTER



MAKSUD RANGKAIAN KOMPUTER

-Koleksi dua atau lebih komputer yang dihubungkan antara satu sama lain menggunakan medium komunikasi dan peralatan komunikasi bertujuan berkongsi data, maklumat, perkakasan dan perisian.

MAKSUD KOMUNIKASI


-Proses menghantar data daripada penghantar kepada penerima.

TUJUAN RANGKAIAN KOMPUTER:

1. Perkongsian fail
2. Memindahkan fail antara komputer
3. Berkongsi peranti seperti pencetak, scanner
4. Berkongsi perisian aplikasi
5. Menggunakan kemudahan emel -surat elektronik - boleh hantar fail lampiran seperti dokumen, gambar, fail audio dan video


JENIS-JENIS RANGKAIAN KOMPUTER ( Type of network )




1. LAN - Local Area Network - Rangkaian Kawasan Setempat
- Rangkaian 2 atau lebih PC. Saiz rangkaian kecil.
- Rangkaian dalam satu bangunan atau satu organisasi walaupun berlainan blok
- Penghantaran data laju
- Menggunakan kabel UTP - kos agak rendah


2. MAN - Metropolitan Area Network - Rangkaian Kawasan Bandar
- Rangkaian yang menyambungkan PC dalam bandar
- Merangkaikan PC antara dua atau lebih organisasi tetapi terbatas dalam satu kawasan geografi yang kecil - Tidak merentasi sempadan negara.
- Penghantaran data perlahan
- Menggunakan kabel fiber optik


3. WAN - Wide Area Network - Rangkaian Kawasan Luas
- Menghubungkan berjuta-juta komputer daripada seluruh dunia
- 24 jam tanpa henti
- Penghantaran data lebih perlahan daripada MAN kerana jarak yang jauh
- Kos menyediakan tinggi kerana menggunakan kabel fiber optic dan satelit


SENIBINA RANGKAIAN ( Network architecture )



1. Pelayan-Pelanggan ( client-server network)
- Rangkaian terdiri daripada PC Pelayan dan PC Pelanggan
- PC Server memerlukan sistem operasi rangkaian seperti Windows NT, Windows 2000 Server
- PC client memerlukan sistem operasi seperti Windows XP, Windows Vista, Windows 7
- Data disimpan secara berpusat iaitu dalam server (PC Pelayan)
- PC Client hanya perlu akses data dari PC Server. PC Client tak perlu simpan data
- Oleh kerana data diletak secara berpusat dalam server, data mudah dikemaskini.


2. Rakan-Ke-Rakan (Peer-To-Peer Network / P2P )
- Tiada PC Server dalam rangkaian P2P.
- Semua PC Client.
- Jadi hanya ada satu sistem operasi diperlukan. Sistem operasi server tidak diperlukan.
- Semua PC boleh jadi server atau PC client
- Semua PC boleh menyimpan data.
- Semua PC bolek akses data daripada PC lain yang ada dalam rangkaian
- Oleh kerana data berselerak dan tidak berpusat, jadi susah untuk kemaskini data





TOPOLOGI RANGKAIAN (Network topology )




1. BUS
- Menggunakan backbone cable / kabel tulang belakang
- Node atau pc di sambung kepada kabel tulang belakang
- Menggunakan medium kabel penghantaran jenis kabel sepaksi (coxial cable)
- Satu node rosak, tidak menggangu node lain. Node yang lain boleh berfungsi
- Jika kabel tulang belakang putus , keseluruhan rangkaian akan gagal berfungsi
- Menggunakan terminator BNC untuk menyambung antara node






2. RING
- Node di susun dalam bentuk bulatan
- Isyarat dihantar dalam satu arah secara berulang (loop)
- Satu node rosak, node yang lain akan gagal berfungsi















3. STAR
- Menggunakan peranti berpusat seperti hub atau switch
- Satu node rosak, node yang lain masih boleh berfungsi
- Jika hub atau switch rosak keseluruhan rangkaian akan gagal berfungsi



PROTOKOL

-Protokol iaitu peraturan untuk yang membolehkan pertukaran data antara dua atau lebih komputer.
-Terdapat 4 protokol rangkaian komputer:

1. Protokol TCP/IP – (Transmission Control Protocol / Internet Protocol)
- Peraturan pertukaran data dalam satu rangkaian. Digunakan dalam LAN,MAN dan WAN
- Setiap PC akan diberi satu nombor IP untuk menghubungkannya di antara satu sama lain (satu rangkaian dengan satu rangkaian yang lain)


2. Protokol HTTP/HTTPS – (Hyper Text Trasmission Protocol)
-HTTPS - menggunakan secure socket layer (SSL) untuk tujuan keselamatan rangkaian. Biasanya sistem perbankan internet menggunakan protokol ini.
-Tujuannya memindahkan maklumat antara komputer dalam WWW. (World Wide Web)


3. Protokol SMTP – (Simple Mail Transfer Protocol)
- Protokol menerima dan menghantar email

4. Protokol FTP – (File Transfer Protocol)
- Protokol pemindahan fail melalui internet
- Contohnya aktiviti mengupload dan mendownload file ke webhosting


JENIS TEKNOLOGI KOMUNIKASI - Network communication technology





1. INTRANET
- Rangkaian komputer yang menggunakan teknologi internet (kena ada modem)
- Hanya staf dalam satu organisasi sahaja yang boleh akses
- Orang awam di luar organisasi tersebut tidak boleh akses maklumat
- Contoh maklumat pekerja, direktori telefon staf, jadual atau takwim aktiviti syarikat


2. EXTRANET
- Rangkaian komputer yang menggunakan teknologi internet (kena ada modem)
- Membolehkan staf dari dua buah organisasi mendapatkan maklumat
- Contohnya pertukaran data antara pembekal dengan pelanggan (membuat pesanan produk)
- Orang awam tidak boleh akses maklumat syarikat tersebut


3. INTERNET
- Orang awam atau sesiapa sahaja bebas mengakses maklumat
- Contoh perkhidmatan seperti chit chat, email, dan www


KEPERLUAN PERKAKASAN RANGAKAIAN ( Network device )




1. Kad antara muka rangkaian - NIC - Network Interface card
- Penyambung fizikal antara dua buah komputer
- Mempunyai nombor IP semasa 127.0.0.1
- Mempunyai MAC address
- Disambung menggunakan kabel - coxial cable, UTP atau fiber optic


2. Kad antara muka rangkaian tanpa wayar - WNIC - Wireless Network Interface Card
- Menggunakan gelombang radio
- Kad rangkaian tanpa wayar mempunyai antenna untuk berkomunkasi.
- Tiada wayar digunakan atau disambung kepada kad ini


3. Modem
- Modulator De Modulator
- Menukar isyarat analog kepada digital dan menukar kembali isyarat digital kepada analog
- Isyarat analog adalah dalam bentuk isyarat elektrik (talian telefon)
- Isyarat digital dalam bentuk isyarat komputer
- Ada modem dalaman,modem luaran dan jenis modem USB


4. Hub / Switch
- Peranti untuk menghubungkan antara node-node (komputer)
- Mempunyai port yang menyambungkan kabel rangkaian kepada setiap node atau pc yang ada dalam satu sistem rangkaian


5. Router - mengagih rangkaian. Memberi nombor IP kepada PC
6. Wireless Access Point

MEDIUM PENGHANTARAN - Tranmission medium
-Ada dua bentuk medium penghantaran iaitu dengan wayar dan tanpa wayar

Medium dengan wayar
1. STP - Shielded Twisted pair Cable
2. UTP - Unshileded twisted pair cable
3. Coxial cable / kabel sepaksi
4. Fiber optik / fiber optic cable


Medium tanpa wayar
1. Infrared 
- Jarak dekat. Kena dekatkan dua buah PC untuk membolehkannya berhubung
- Notebook yang ada IrDa Port mempunyai isyarat infrared
-cth infrared seperti remote control TV


2. Radio wave - gelombang radio
- Bluetooth
- WiFi - Wireless-Fidelity


3. Satelit
- Untuk jarak penghantaran yang jauh
- Data dihantar dalam, bentuk gelombang mikro - micro wave


PERISIAN RANGKAIAN

-Sistem operasi rangkaian seperti Microsof Windows NT, Windows 2000 Server, Unix, Linux, Apple Server

Tugas NOS - Network operating system ialah
1. Mengawal trafik dalam rangkaian
2. Memberi atau menghalang akses kepada fail atau komputer dalam rangkaian
3. Memberikan perkhidmatan cetakan - sharing printer



PERISIAN PELANGGAN - Client Sofware

1. Perisian pelayar web - Web Browser.
- Contohnya Internet Explorer, Mozilla Firefox, Opera, Netscape navigator, Safari
- Membolehkan pengguna mencapai dokumen hyperteks


2. Perisian Email
- Contohnya Microsof Outlook

3. Perisian FTP - perisian pemindahan fail
- Contohnya WS FTP. Cute FTP, Fillezilla
- Memudahkan proses upload dan download file ke web hosting

No comments:

Post a Comment

BIODATA DIRI